Friday, July 3, 2009

Friday, June 26, 2009

HARI-HARI YANG BERLALU

Cuaca hari ni mendung tapi hujan kejap je.Aku memikirkan hari demi hari apa akan terjadi pada aku kelak.Takkan aku nak duk diam je kat rumah.Sekarang ni aku banyak masa utk tulis blog.Yalah dah tak keja sekarang.Kak lin dah senang dah tak fikir apa2 lagi.Keja pun dah ada.Aku je seperti menunggu buah tak jatuh dari pokok.Memanglah buah muda mana boleh jatuh buah masak baru jatuh.
Kadang kala aku merenung jauh,jauh disudut hati aku yang ingin rasa kebebasan dalam hidup.Aku mengenangkan apa akan terjadi pada diri aku kelak.Beginilah kalau hidup sebagai anak tunggal.Kalau keluarga ku sempurna takpa,aku hidup dibesarkan oleh mama.Nak dapatkan kasih sayang seorang ayah sudah tentu tidak.Aku dapat rasa pun sampai umur aku 9 tahun.Lepas je mak bercerai dgn abah.Hidup aku jadi berubah dan tak seperti dulu. Aku terpaksa belajar berdikari.Dan sampai ke hari ini aku rindukan belaian seorang ayah.
Kini baru ku sedar hidup sendirian ni kadang kala ada rasa sunyinya.
Aku memang kesunyian............

Wednesday, June 24, 2009

HARI-HARI YANG BERLALU


Hari ni aku rasa boring sangat mungkin sebab aku tak keja agaknya.Dah biasa keja tu yang jadi mcm ni.Takpa lah aku nak rehat sebulan dulu rlex kan minda,badan,mata dan apa saja yg boleh di rehatkan.Semalam aku bawak mak pg hospital medical cheackup.Aku jumpa beberapa org kenalan samsung yang sama2 berhenti keja dgn aku dah keja kat hospital tu.Aik senang betul diorang dapat keja kat situ.

Dah mungkin rezeki mereka kot.Aku doakan mereka berjaya.Cuma aku saja yg belum bekerja.Kerja tu dah ada cuma lum nak keja lagi.Tu keja sampingan saja.Klu dapat keja kerajaan aku pegi.Memang impian aku nak keja mcm tu.Semua kemudahan ada.Lagi pun aku nak ubah hidup aku biar jadi lebih sempurna dan bagus.

Bukan keja kilang tu tak menjamin,tgk keja apa yang diorang buat takut bila sampai masa akan datang takut apa yang di buat tu tak menjaminkan......

Tapi apa2 pun aku bersyukur dgn apa yang aku ada sekarang ni,tp aku nak lebih dari itu.Aku kena gak cari duit lebih,lebih yg aku dapat dari dulu.Alhamdulillah ramai yang bagi sokongan pada aku.Kawan2 sek aku pun dah ramai yang keja gov.Cuma aku je yang belum keja huhuhu...

Takpalah yang penting aku bersabar dan mungkin rezeki aku akan datang ke....Sudah tentu pasti.

Tuesday, June 23, 2009

FRUSTNYA AKUUUUU







Aduh tension tul aku mana tak nya aku tel org yg uruskan hal kemasukkan keja under tadika kemas tu diorang kata takda kekosongan.hik hik rasa nak nangis pun ada.Takpalah mungkin bukan rezeki aku kot.lain kali aku cuba lagi tp terkilan jugaklah.Yalah dah kofiden nak keja kerajaan tp takda lak yg kosong.....



Hari ni aku masih lagi jd penganggur terhormat.nak meniaga tp lambat lagi.sekurang2nya aku nak cr pengalaman dulu di tempat org lain.so aku nak juga tahu apa saja keja yg lain yang boleh aku buat.kadang2 aku jd konfius bila dah tak keja ni mcm2 benda nak buat.nak keja tu lah nak keja ni lah ,kadang2 tu takut tak mampu nak wat je....



Tapi apa2 pun aku kena gak fikir mana yang terbaik tuk masa depan aku.keja ada dimana2 yang pentingnya aku kena berusaha dan berfikir mana yang terbaik utk aku.Semoga allah memberi hidayah dan pertunjuk pada aku.Aminnnn.........

LHDN


Fuh smlm rasa betul penatnya nak menguruskan kat lembaga hasil dlm negeri.Dekat 7 jam aku menunggu di sana. Yalah nak menguruskan hal duit pampasan yg akan aku dpt tp tak tahu bila.Kata Pn. Gamit 1hb.Huhhuhuhu jadi org kaya la kejap.Kejap je bkn lama pun.Tahu2 aku kena bayar cukai Rm 657.....Fuh duit aku senang2 je diorg amik kan...sekarang ni aku jd penganggur yg terhormat.Tanam anggur lah hari2.Tp aku pun tgu jugak keja govement mana lah tahu rezeki aku kan kan.Yang pentingnya banyak kenangan aku di samsung tu.Dah menjadi asam garam di sana.tp aku perlu sedar jugak selama mana aku perlu keja kilang tu....memang kejanya halal tp aku perlu gak mencari utk masa hadapan gak.....

Dunia dah berubah negara dah semakin maju.Jadi aku perlu tukar kerjaya aku....KLu aku jd guru ok tak hhehehehe guru tadika.ok kan hehehehe moga aku sukses dgn apa yang aku wat....Aku nak ubah cara hidup aku. Ni lah masanya..............

Thursday, June 18, 2009

selamat tinggal dunia samsung











tanggal 17hb jun 2009 tarikh terakhir aku beasama samsung.sedih yang teramat sgt bila nak tinggalkan kwn2 ku yg sama2 memperjuangkan samsung.susah senang payah yg aku hadapi bersama2 mereka sukar utk aku lupakan.ya lah dah bertahun2 aku bersama mereka dah bagaikan isi dgn kuku namun aku kena reda apa yg aku buat selama ini.lambat laun aku kena jgk tglkan samsung.kilang mana ada yg tahan lama.hari terakhir tu aku bersalam2 dgn kengkwn.ada yg nangis teresak2 dan ada yg memberi perangsang pada aku.aku jadikan semua itu azimat utk aku hidup di luar sana.saat paling menyayat hati bila aku bersalaman dgn kak sal yg aku dah anggap mcm akak aku sendiri.along yg selama ini kwn gaduh kwn bergelak tidak lg akan aku dengari.abg zain yg selalu aku usik akan aku ingat sampai bila2 abg han yg suka usik aku hehehe.aku suka pada nya.ila adk yg selalu mendengar keluhan dan masalah ku.abg khalid,abg rosli,apak.abg jai,pian,acheng,abg bob dan tak lupa juga abg zaki yg sentiasa inginkan hadiah 1 juta power root hehehehe.abg mie yg tak putus2 merepair mesin aku hehehe.dan tak lupa juga adik kesayangan ku amalina,ashmayanti,lan,muna,adk faiz...........
dan tak lupa juga kwn2 zai,oda,zizah ,kak ana,kak azie,kak yati dan ramai lagi yg aku akan ingat sampai bila2.SAMSUNG di situ ku bermula dan di situku berakhir.takkan ku lupa sampai ke akhir hayatku ini.jasa mu tetap di kenang.
SELAMAT TINGGAL SAMSUNG SDI(M) -21/3/96 - 17-6-2009

Tuesday, June 9, 2009

debaran makin terasa

SUASANA PTG DI TMN INTERNATE NI MEMBUAT AKU HAPPY JE MANA TAK NYA SERVE KAT SINI OK JE.HR NI KEPUTUSAN VSS AKAN KUAR AKU HARAP SGT AKU DAPAT.BUKAN APA AKU NAK MULAKAN HIDUP BARU AKU DGN NAK BERNIAGA.AKU DAN FIKIR MASAK2 NAK BERHENTI DARI KILANG IAITU KILANG SAMSUNG.SEKARANG NI AKU RASA SAMSUNG MCM TAK KUKUH JE.TP TAK TAHU LAH AKAN DATANG.TP AKU MEMANG DAH NEKAD NAK BERHENTI.WALAU PUN AKU SAYANG DGN TEMPAT KEJA LAMA AKU TU DAH 13 TAHUN LEBIH AKU BERKHIDMAT KEPADANYA ,KINI AKU PERLU BERUNDUR DIRI DR DUNIA INDUSTRI.AKU PERLU MENCARI ELTERNATIF LAIN UTK MENGUBAH INCOME AKU.
KAWAN2 PUN ADA YG BERI SOKONGAN DAN ADA YG MEMBERI KOMEN TENTANG KEBURUKAN DAN KEBAIKAN. TP ANGGAP IA SEBAGAI CABARAN UTK AKU TERUS DGN USAHA AKU ITU.NAK TAK NAK AKU KENA TANGGUNG RISIKO.BERNIAGA NI BAGUS KE?????????TP 90% DARIPADA KEUNTUNGAN ADALAH BERNIAGA....ITU AKU PERLU KAJI DGN LEBIH MENDALAM.MANALAH TAHU AKU BOLEH BERJAYA DGN BERNIAGA.BERNIAGA NI MCM2 BLH BUAT. TP AKU MEMILIH DGN MENJALANKAN PERNIAGAAN KEDAI MAKAN.OK TAKKK??????????TP AKU TGK RAMAI YANG BOLEH BERJAYA JIKA KITA USAHA LEBIH JANGAN MALAS.TP APA PUN AKU CUBA YANG TERBAIK DEMI MASA DEPAN AKU DAN KELUARGA...